Sedang Menerjah
Taubat Selagi Sempat
Friday, December 28, 2012 @ 2:21 PM | 0 Comment [s]

 
 
         
Hari nie nak kongsi tntg "Taubat".

Kita semua ni pendosa. 
Saya pendosa,
Awak pendosa,
Semua orang pendosa.
Sebab tu Allah bagi peluang kita bertaubat. Baik kan Allah?
Sebab tu kita kena bertaubat. 

Sebenarnya, taubat tu, memang susah, 
Tapi, tak bertaubat tu, lagi susah kan?
Sebab, kita rasa hidup kita ni bergelumang dengan dosa.
Semua orang boleh bertaubat. Janji buat dengan sebenar- benar taubat. Janji jangan buat lagi.
Hayati dan fahami hadis ni.
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi S.A.W dan berkata:"Wahai Rasulullah,sesungguhnya, aku telah bertemu dgn seorang perempuan di sebuah kebun dan aku telah melakukan perbuatan terkutuk dgn perempuan tersebut. Aku tidak menyetubuhi perempuan tersebut, tapi aku telah mencium dan memeluknya. Aku tidak melakukan selain perbuatan tersebut, maka buatlah sesuka hatimu terhadapku." 
Tetapi Rasulullah tidak berkata apa-apa,lalu lelaki itu pun pergi dan berkata Umar:
"Sesungguhnya,Allah telah menutup (keaiban) lelaki itu jika dia menutup(keaiban)dirinya sendiri." 
Rasullah bersabda yg bermaksud:"Kembalikanlah dia kepadaku". 
Lelaki itu dipanggil semula kepada Baginda lalu dibacakan ayat Allah yg bermaksud:  "Dan dirikan solat pada dua bahagian siang(pagi dan petang) dan pada ketika waktu permulaan malam(Maghrib dan Isyak). Sesungguhnya,amal-amal kebaikan itu menghapuskan kejahatan.Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat."(Surah Hud 11:114) 
Lalu Mu'az r.a. bertanya:"Wahai Rasulullah,adakah hanya untuk dia sahaja
atau untuk manusia seluruhnya?" 
Baginda menjawab:"Bahkan ia untuk manusia seluruhnya."

Allah kata,

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung"

 Bila kita boleh bertaubat? Sekaranglah!

"Kenapa kena taubat sekarang? Nanti-ii tak boleh ke?"

Aha, nanti-ii memang boleh, tapi tau kenapa kena buat sekarang?

*Bukak buku*

First, mati tu boleh datang bila-ii. dia tak tunggu kita.

Yang kedua, hati kita ni, makin tua, makin keras. Sebab tulah adanya peribahasa, 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Sebab kecik-ii lah senang nak bentuk.

Last, makin lama makin sukar nak tempuh syarat taubat.

*tutup buku*

Ha, cepat-ii lah bertaubat. 

Selagi pintu taubat masih terbuka.

Selama Matahari terbit dari Timur.

Selama nyawa belum sampai ke kerongkong.


"Kenapa aku masih hidup sampai hari ni? "

"Kerana dosaku terlalu banyak dan Allah izinkan aku untuk bertaubat. " 

Ha, Imam Ghazali kata.

Jom taubat.

Sekian, Maap Tersilap bicara. Sesungguhnya, tiada yang sempurna melainkan Allah. La ilaha illallah muhammadur rasulullah.









Terima Kasih Sudi Luangkan Masa .



Older Post | Newer Post


Assalamualaikum. Tinggalkan jejak anda kat shoutbox.Kalau tak suka sila keluar. Thankz atas masa anda. Saya amat hargai .

Story About