Sedang Menerjah
Sahabat Dunia wa Syurga
Thursday, December 20, 2012 @ 12:27 AM | 0 Comment [s]


                                   

                          
Firstly, nak ucap tahniah kepada PMR candidates yang dapat Straight A's. Terutamanya 79 orang Maahad Muar candidates. Proud to be SMKA Maahad Muar student. *Time ni lahhh*
 
 
Sahabat Syurga? Apakah?

Sahabat tu ialah sahabat yang pegang tangan kita. Sama-sama pergi ke Syurga. 

Once korang terjatuh dalam Neraka. Dia sanggup tarik tangan korang. Bawa. Korang masuk Syurga.

Mungkin itu cuma ibarat saja. Tapi bila kita faham betul-ii. Tulah sahabat kita yang TERbaik.

Don't let them go. Pegang tangan dia. Pimpin dia.
 
"Beb !" *tepuk bahu*
"Apa?! " 
"Pinjam bahu boleh? "
"Nak buat apa? "
*diam* *letak kepala kat bahu* *nangis*

then, bijaklah pilih kawan. 

Sahabat yang jadi bahu untuk kita nangis.

Jadi 'joker' time kita sedih.

Jadi doktor masa kita sakit.

Jadi kaunselor time kita ada masalah. 

Tapi, kita kena ingat. Dia pun manusia. Macam kita. Ada kelemahan. Ada masalah.

So, kita pun kena lah jadi sahabat dia. Macam dia buat kat kita.

Mungkin kita nengok dia gembira, ketawa. 

Tapi kita tak tau. *tepuk dada* Apa ada dalam hati dia.

Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabat dia.

Kita mungkin nampak dia selalu ketawa. Tapi sapa tau. Dia tak setabah yang kita sangkakan.
 
Dekat senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang dia nak luah.

Siapa tau? Allah jea. 


Jadilah sahabat kat dunia dan akhirat yang baik.

Hargai sahabat korang tu.

Jangan jadi macam aku. Nanti menyesal.

"Apa lah kau ni! Cakap je lebih! "

Terpulang. 

Aku cuma nasihat supaya korang tak jadi macam aku. 

Sekian. Macam biasa. Maap TERsilap bicara. La ila haillallah muhammadur rasulullah.  

                                                          





Terima Kasih Sudi Luangkan Masa .



Older Post | Newer Post


Assalamualaikum. Tinggalkan jejak anda kat shoutbox.Kalau tak suka sila keluar. Thankz atas masa anda. Saya amat hargai .

Story About