Sedang Menerjah
La Tahzan Rabbuna Ma'ana
Friday, December 14, 2012 @ 12:01 PM | 0 Comment [s]



Jangan Bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita. Memang. Dalam hidup ni tak pernah lekang dengan dugaan. Bukan hidup namanya kalau tak da dugaan.*cehh*
   Life is like a book, some chapters sad, some happy, and some exciting.
  But, if you never turn the page, you will never know what the next chapter holds.
Hidup kita ni kadang- kadang gembira, sedih.

Tapi kita kena teruskan hidup ni. Kata nak Syurga kan?

Kita hidup ni tak lain tak bukan nak cari redha Allah.

Sekali kita dah jatuh. Ingat. Allah sentiasa ada. Qowiy Lillahitaala. Kuat kerana Allah. Bangun kerana Allah.

Nak kejar Syurga tak boleh mengalah.

Because life is never easy. Don't never quit. This what we called as Dugaan. Ujian.

         

Lagi satu. Allah kata dalam Al-Quran,

"Fainnama'al Usri Yusra. Innama'al Usri Yusra."
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

See?

Allah ulang dua kali ayat tu.

Nak menunjukkan betapa setiap masalah tu ada penyelesaiannya. Jadi, kita kenalah percaya. Apa yang Allah kata tu, Fahimtum?

 Then, bila ada masalah, ingat Allah. Doa. Minta kat Allah.

"Allah terima ke doa aku? Aku banyak buat dosa."

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu."

Ha, Allah jawab. *lap air mata*

 

Time Allah rindu hamba-Nya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril.

Tau apa isinya? 

Ujian.

Wah, untung tau sapa yang Allah bagi ujian kat dia. Untung sangat. 

Allah ada plan yang lagi baik untuk kita. Percayalah.


Kalau tak tertanggung. Menangislah. Mengadu kat Allah. *hulur sapu tangan*

Tau? Jatuhnya air mata kita sebab teringatkan dosa. Dapat padamkan selautan Api Neraka. Subhanallah.

Ingat, Jangan bersedih. La Tahzan. Amalkan prinsip, jangan bazirkan air mata untuk dunia.

Biar jatuh air mata sebab teringatkan amalan kita. Layak ke kita untuk Syurga Allah? Allahu.

Sekian. Jom jadi Daie !

Macam biasa. Mohon maaf tersilap bicara. Indeed, tak ada yang perfect selain Allah. Subhanallah. La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah.













Terima Kasih Sudi Luangkan Masa .



| Newer Post


Assalamualaikum. Tinggalkan jejak anda kat shoutbox.Kalau tak suka sila keluar. Thankz atas masa anda. Saya amat hargai .

Story About